» » Tindakan sekat kebebasan bersuara di Malaysia memungkinkan wujud nya 'Arab Spring’ di negara ini tidak lama lagi


Setiausaha Agung Amnesty International Salil Shetty hari ini memberi amaran "Arab Spring" akan berlaku di Malaysia sekiranya kebebasan bersuara disekat. 

Beliau berkata, Amnesty International "sangat bimbang" dengan penurunan drastik kebebasan hak asasi manusia di Malaysia.

"Apabila saya bercakap kepada kerajaan di sini, mereka sering berkata, kita tidak boleh benarkan kebebasan bersuara semata-mata, akan berlaku situasi seperti Arab Spring," katanya, ketika berucap dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16, di Putrajaya hari ini.

"Salah satu sebab berlakunya Arab Spring kerana orang Arab tidak menikmati kebebasan bersuara.

"Jika rakyat tidak dibenarkan untuk protes secara aman, Arab Spring pasti akan berlaku."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .