Tindakan terhadap media antarabangsa Al Jazeera kerana menyiarkan dokumentari berkaitan Altantiya Shaariibuu tidak akan mengubah apa-apa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis di blog, perdana menteri keempat itu berkata rancangan itu sudah pun dikongsi meluas di Malaysia dan masih ditayangkan di seluruh dunia.
“Rakyat Malaysia sudah di luar negara sudah bertanya apa sudah jadi kepada negara ini,” kata Mahathir perdana menteri 22 tahun, paling lama dalam sejarah Malaysia.
“Episod baru ini tidak akan meningkatkan imej negara selepas berlakunya skandal-skandal lain sebelum ini.”
Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mempertahankan diri, Najib mendakwa menimbulkan semula kes itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya, sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.
Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.
Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata “tak ada gambar, tiada bukti dan tiada SMS, ia muncul semula”.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.
No comments: