» » Tidak adil dakwa Malaysia gagal tangani rasuah


Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini menyanggah kenyataan Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz yang berpendapat Malaysia kini menghadapi krisis rasuah.

Menurut Tunku Aziz, adalah tidak adil dan tidak masuk akal bagi Jose untuk mengeluarkan kenyataan bahawa negara gagal menangani rasuah dengan baik.

“Ia merupakan komen yang tidak adil dan mengelirukan (dari Jose). Satu kes tidak selesai bukan bermakna negara sedang mengalami krisis,” katanya.

Tunku Aziz di temui pemberita hari ini ketika hadir pada persidangan hari kedua IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

"Ucapan dibuat oleh Presiden Transparency International (semalam), di mana beliau mengulangi tuduhan bahawa Malaysia berada dalam krisis rasuah, saya fikir bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat, ia adalah kenyataan yang kurang maklumat," tegas Tunku Aziz lagi.

Jose ketika berucap pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) pada semalam berkata, negara sedang berdepan dengan krisis rasuah berikutan isu derma RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pada itu,Tunku Aziz menegaskan bahawa kes tersebut masih disiasat oleh SPRM, selain turut menambah bahawa ia adalah penting untuk membolehkan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan mengikut undang-undang.

"Saya difahamkan kes itu melibatkan jumlah yang besar tetapi siasatan yang betul dan teliti perlu dilakukan sebelum tindakan boleh diambil.

"Jika Najib bersalah dan jika undang-undang mengatakan dia harus dihukum gantung, maka teruskan dan lakukannya, tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa kami ditadbir oleh kedaulatan undang-undang dalam hal ini negara. Itu adalah asas sistem perundangan dan peradaban kita, " tegasnya lagi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .