» » SPRM akan bertindak tanpa rasa takut lawan rasuah di Malaysia


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan supaya bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih, kata Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, pihaknya tidak memberi sebarang kekebalan kepada mana-mana pihak daripada disiasat oleh badan anti rasuah itu, malah bersedia untuk berkorban dalam memperjuangkan kepentingan awam.

"Kami percaya untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam isu kekebalan, semua institusi dalam sistem keadilan jenayah mesti bertindak mengikut merit setiap kes," katanya dalam ucapan semasa Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Pusat Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Mesej Abu Kassim kepada perwakilan persidangan itu dibacakan timbalannya Datuk Mustafar Ali.

Katanya, SPRM perlu mendukung kepentingan kebebasan siasatan dan memerlukan sokongan masyarakat awam serta orang ramai untuk menjadi pelindung dan hati naluri mempertahankan institusi itu daripada sebarang campur tangan yang akan menjejaskan kebebasannya.

Katanya, penggubal undang-undang, tanpa mengira perbezaan politik perlu bersatu dan membantu mereka untuk mewujudkan sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar bebas.

"Akhir sekali, pendakwa raya di Malaysia yang bertanggungjawb dalam melakukan pendakwaan,hendaklah bertindak tanpa pilih kasih dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka," katanya.

Mustafar pula berkata, perang global untuk menghentikan gejala rasuah memerlukan sistem dan prosedur diperketatkan.

"Budaya membenci segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan juga perlu disemai dan dipupuk," katanya.

Katanya, asas kepada perjuangan ini memerlukan kepimpinan yang berintegriti, bertanggungjawab, dan telus.

"Mengakhiri kekebalan adalah satu langkah dalam perjalanan yang bercitakan satu penubuhan, pemulihan, pelaksanaan dan penguatkuasaan prinsip integriti dan tadbir urus yang mampan," katanya.

SPRM dalam tempoh lima tahun yang lalu katanya mencapai kemajuan dalam menjadi sebuah agensi antirasuah yang bebas, telus dan profesional.

"Banyak yang dicapai tetapi lebih perlu dilakukan. SPRM komited untuk terus meningkatkan dan mengukuhkan dirinya sebagai salah satu agensi antirasuah yang bertaraf dunia," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .