» » SKMM ambil tindakan terhadap WSJ berhubung laporan terbaru penyelewengan 1MDB


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) jika laporannya mengenai kehilangan pembayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) yang dibuat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbukti palsu, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, tindakan juga harus diambil terhadap mereka yang di belakang sebarang kebocoran maklumat, selepas 1MDB menimbulkan kebimbangan yang laporan WSJ itu berdasarkan kepada transkrip yang bocor semasa prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Kami akan meneliti perkara ini jika maklumat yang diterbitkan itu tidak benar," kata menteri komunikasi dan multimedia itu.

"Sudah tentu kami akan mengambil tindakan yang perlu," katanya kepada pemberita ketika hadir di pra-pelancaran Cyber Games di lobi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini.

"Sudah tentu saya akan mengarahkan SKMM menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu," katanya sambil menyifatkan laporan itu sebagai berniat jahat dan tidak adil.

Semalam, WSJ melaporkan, International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di United Arab Emirates (UAE) mendakwa, sejumlah AS$1.4 bilion bayaran yang dibuat 1MDB kini tidak dapat dijejaki.

Salleh berkata, Putrajaya mesti turut menyiasat ahli PAC jika mereka didapati membocorkan maklumat.

"Kita juga perlu menyiasat dari mana maklumat itu diperoleh.

"Jika ia daripada PAC, sudah tentu kita perlu menyiasat siapa di antara mereka (ahli PAC) yang membocorkan maklumat itu, " katanya.

1MDB semalam menyifatkan laporan WSJ itu berat sebelah, sensasi dan kekurangan bukti.

Syarikat sarat hutang itu berkata, akhbar perniagaan itu mungkin melanggar undang-undang Malaysia apabila merujuk kepada "transkrip prosiding", yang katanya, hanya boleh dikemukakan dalam perbicaraan PAC mengenai 1MDB.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .