Kementerian Pendidikan hari ini menafikan kenyataan kononnya sekolah-sekolah di beberapa negeri akan ditutup esok berikutan masalah jerebu.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kenyataan media itu yang tersebar di media sosial adalah palsu.
"Sila ambil maklum, kenyataan media ini adalah palsu," katanya dalam laman Facebook dengan memuat naik gambar kenyataan media yang palsu itu.
Kenyataan media palsu yang kononnya daripada Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan ditutup esok (1 Oktober) berikutan bacaan IPU sangat tinggi.
Kenyataan palsu itu telah mengelirukan orang ramai terutamanya ibu bapa.
No comments: