» » 'Saya terpaksa sertai BERSIH 4 untuk selamatkan Malaysia dari kerakusan dan kekorupan Najib Razak'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggunakan blog popular beliau bagi menjelaskan sebab beliau membuat keputusan menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu lepas, mengatakan beliau terpaksa berbuat demikian bertujuan mencari penyelesaian kepada kemelut didepani negara.

Bekas perdana menteri itu berkata pendiriannya terhadap demonstrasi jalanan seperti yang disuarakan sebelum ini tetap utuh tetapi mendakwa, pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini memusnahkan semua saluran yang ada untuk menyelamatkan negara.

"Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan kerajaan apabila menyalahgunakan kuasa.

"Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan pendakwa raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

"Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat," katanya.

Katanya, segala cara menukar perdana menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara sudah ditutup Najib.

"Hanya dengan suara keramat rakyat, dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara daripada perasuah.

"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah," kata Dr Mahathir.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .