» » PEMIKIR yang dibarisi veteran bepengaruh UMNO gesa Najib Razak berundur segera


Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) merupakan NGO terbaru yang mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya dengan segera.

NGO yang diterajui Tan Sri Abdul Aziz Yassin itu juga bersetuju agar usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen sekiranya Najib masih enggan meletakkan jawatannya yang kini semakin dituntut pelbagai kelompok masyarakat.

Keputusan sebulat suara mengenai perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir, baru-baru ini di tengah-tengah desakan yang semakin meningkat terhadap Najib.
Meskipun mungkin tidak begitu dikenali ramai akan kewujudannya, Pemikir adalah sebuah NGO yang dianggotai oleh ramai bekas menteri, ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.

Selain Aziz yang merupakan abang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas ahli Parlimen Muar sebagai presidennya, individu lain yang menganggotai Pemikir antaranya ialah :
Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Datuk Seri Osu Sukam, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Datuk Seri Azmi Khalid, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Salleh Jaffaruddin dan lain-lainnya.

Kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan yang menjadi anggota Pemikir pula ialah Sallehuddin Mohamad, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Abu Talib Othman dan beberapa yang lain.

Dengan keanggotaan daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan dikenali ramai dalam masyarakat, keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Pemikir ini setidak-tidaknya menunjukkan Najib semakin tidak diperlukan lagi untuk terus menerajui Umno dan juga negara ini.

Biar bagaimana berkeras sekali pun Najib mahu bertahan atas kedudukannya, hakikatnya semakin ramai yang mulai bersuara secara terbuka mahu menjauhkan diri daripadanya.

Itu belum dikira lagi pelbagai ucapan dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian di seluruh negara baru-baru ini, malah termasuk ada yang membuat usul agar Najib berehat dan bercuti buat sementara waktu.

Mesej dalam perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri oleh 500 ribu perserta yang pasti semuanya juga menolak Najib serta pelbagai luahan penolakan yang semakin membesar dapat dilihat melalui media-media sosial, secara nyata menjadikan perdana menteri semakin dipinggirkan oleh rakyat.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dari sehari ke sehari terus meningkatkan tekanannya kepada Najib demi menyelamatkan negara ini daripada terus rosak dan binasa berikutan akhir-akhir ini banyak sistem dalam kerajaan sendiri "dirosakkan" demi menyelamatkan kedudukannya.

Yang paling malang, dengan pelbagai perkara yang dilakukan Najib kebelakangan ini, beliau secara perlahan-lahan sedang memburukkan nama gemilang Tun Razak di mata rakyat.

Kebaikan dan jasa-jasa bekas perdana menteri kedua yang juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia itu mungkin tidak diperkatakan lagi selepas ini, sebaliknya yang lebih meniti di bibir rakyat ialah pelbagai kelakuan dan onar anak sulung Tun Razak itu sendiri.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .