» » Pembasmian kemiskinan di dunia ini tidak akan tercapai jika pemimpin rasuah dan korup


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin dunia bahawa sasaran pembasmian kemiskinan tidak akan tercapai tanpa menangani rasuah dan diskriminasi golongan tertentu.

Obama dilapor berkata demikian pada Ahad dalam pertemuan diplomatik yang dibayangi pendekatan berbeza Barat dan Rusia terhadap perang saudara di Syria.

“Pembangunan diancam oleh pentadbiran yang buruk,” Obama dipetik sebagai berkata dalam ucapan 28 minit.

Beliau tutur mengkritik keadaan masyarakat tidak setara, diskriminasi wanita, gay, orang kurang upaya (OKU) dan kaum minoriti.

Beliau juga menggesa pemimpin dunia memilih mengikuti kedaulatan undang-undang selain mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

Obama berucap di hari terakhir mesyuarat untuk merangkap rangka kasar untuk membasmi kemiskinan.

Sebanyak 193 negara bersetuju secara sukarela untuk mencapai sasaran itu pada 2030.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .