» » Najib Razak beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda semasa siasatan pembunuhan Altantuya


Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda.

Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau.

"Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda.

"PM meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri dan saya kemudian berjumpa dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda.

"Timbalan kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sambil menegaskan beliau tidak memihak kepada sesiapa, Musa berkata tiada bukti kukuh yang mengaitkan perdana menteri dan Altantuya.

"Tidak ada penglibatan Najib dalam pembunuhan (Altantuya). Tiada bukti.

"Siasatan polis (sebelum ini) memang ada hubungan dua anggota polis dengan razak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan digunakan dalam keterangan mahkamah".

Beliau juga mendakwa gambar kononnya Najib, Razak dan Altantuya kelihatan bersama di sebuah meja makan palsu dan sengaja disensasikan.

"Gambar itu gambar palsu dan perkara ini disensasikan."

Selepas isu dana RM2.6 bilion, Najib kini berdepan dengan dokumentari berdurasi 25 minit yang menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan bekas penasihatnya, Razak.

Namun Najib buat kali kedua membuat kenyataan beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan tiada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut.

Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley menyiarkan satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .