» » Muhyiddin Yassin rasa macam selebriti selepas dipecat Najib Razak


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selepas dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau merasakan dirinya seperti seorang selebriti apabila orang ramai mula menyatakan sokongan padanya.

Katanya, beliau mendapati orang ramai secara terbuka menyatakan sokongan kepadanya selepas melihat keberaniannya bercakap mengenai sesuatu yang benar.

"Sekarang ini saya rasa saya macam selebiriti, macam penyanyi popular berbangsa Cina. Mana saya pergi, orang kata 'Tan Sri, wa sokong lu'. Bila ditanya kenapa sokong, mereka kata sebab saya berani.

"Tetapi saya tahu, di Malaysia sama ada Cina, India, Melayu, mereka ada nilai. Mereka tengok seseorang itu berani bersuara dan bercakap betul dan benar, orang itu akan disukai. Kita kena berani bercakap," katanya sambil menerima tepukan hadirin.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.

Oleh itu, beliau yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, selagi masih lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat dan di dalam parti, beliau akan terus bercakap benar.

Katanya, di usianya menginjak 68 tahun, tiada perkara lain yang beliau takutkan selain daripada bercakap sesuatu yang benar demi kepentingan rakyat.

"Kena buang sebab bercakap benar tak apa. Hidup ini bukan kerana jawatan sahaja. Saya tak ada jawatan sekarang ini saya popular juga.

"Kita harus berani untuk bersuara kalau dalam sistem demokrasi berparlimen. Kita bukan guna senapang untuk menembak, kita guna sistem demokrasi dengan suara bercakap dan berani. Jangan simpan dalam hati.

"Saya kena bercakap dan ia bukan untuk diri saya, kepentingan diri tapi semua untuk kepentingan rakyat jelata," katanya lagi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .