» » Khairuddin rancang bertemu FBI pada Isnin 21 September 2015 untuk bongkarkan skandal Najib Razak


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis semalam, dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat pada Isnin, kata peguamnya Matthias Chang kepada akhbar New York Times (NYT).

Katanya, pertemuan ejen FBI dengan bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu dirancang dengan bantuan Kedutaan Amerika di Malaysia.

Laporan itu juga menyatakan, tangkapan beliau mengikut Akta Hasutan 1948, yang dibuat beberapa jam selepas beliau dihalang daripada mengambil penerbangan ke luar negara pada Jumaat, menghalang Khairuddin daripada bertemu pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika itu untuk mendesak mereka menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau ditahan di rumahnya di Mont Kiara petang semalam, didakwa berhubung satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Isterinya, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali atau Umie Aida, menulis di Instagram, Khairuddin ditahan mengikut Seksyen 124C, bagi kesalahan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sebelum ditangkap, Khairuddin juga menulis di laman Facebook beliau, mendakwa beliau disenarai hitam Jabatan Imigresen daripada membuat perjalanan ke luar negara.

Katanya, beliau sepatutnya membuat penerbangan ke New York dan London pada pukul 10.30 pagi, tetapi disekat daripada meninggalkan negara susulan arahan polis Bukit Aman.

Khairuddin, salah seorang pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia mendesak siasatan dibuat ke atas dakwaan penyelewengan berkaitan syarikat sarat hutang 1MDB. Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Beliau menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland pada 20 Ogos dan menggesa mereka menyiasat aktiviti dana pelaburan negara itu yang melibatkan bank Switzerland dan antarabangsa.

Beliau menegaskan mengambil tindakan demikian untuk kepentingan negara.

Khairuddin, yang dipecat daripada jawatannya dalam Umno pada awal tahun ini kerana jatuh bankrap, juga membuat laporan dengan polis Hong Kong, Britain dan Perancis berhubung 1MDB pada Julai dan Ogos.

Pihak berkuasa Malaysia bagaimanapun menuduh Khairuddin membuat "laporan polis palsu yang bermotifkan politik" dan membawa agenda yang sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus-terusan mendesak Najib berundur.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .