» » Ketua polis nafikan SPRM sedang memulakan siasatan terhadap polis berkaitan siasatan skandal 1MDB


Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan ke atas pasukannya.

Beliau mendakwa tidak mengetahui perkara tersebut dan masih belum dimaklumkan mengenai siasatan SPRM.

"Tidak tahu pasal itu, saya belum dimaklumkan (siasatan) tersebut," katanya selepas menghadiri Hari Peringatan Pasukan Polis Marin ke-69 di Pelabuhan Klang, Selangor hari ini.

SPRM yang menjalankan siasatan terhadap syarikat kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes RM 2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa polis mengganggu siasatan mereka.

Pendedahan itu dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) dengan memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

SPRM mengesahkan kewujudan jumlah yang besar tetapi katanya ia datang daripada seorang penderma di Timur Tengah, dan bukan daripada 1MDB.

Susulan itu, 7 pegawai SPRM ditahan untuk disoal siasat polis termasuk 2 pengarah kanan SPRM Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun arahan pertukaran itu ditarik balik selepas tindakan itu dikecam pelbagai pihak.

Bahri mengetuai bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu 1MDB manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.

Pada masa sama, Khalid berkata sekiranya SPRM memulakan siasatan ke atas polis ia tidak akan didedahkan kepada media.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .