» » Ibu Pejabat Umno keluar notis gesa ahli sertai ‘himpunan baju merah’ ?


Ibu pejabat Umno mengeluarkan notis menggesa bahagian di seluruh negara mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun ke "himpunan baju merah".

Langkah ini berbeza dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu menafikan parti itu menaja himpunan kontroversi tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh, mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

Dalam surat yang dilihat The Malaysian Insider, didapati mesyuarat khas itu diadakan di Menara Dato Onn, Jam 9 pagi.

Sumber dalaman Umno memberitahu The Malaysian Insider beberapa bahagian sudah menghantar senarai jumlah ahli yang akan dihantar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.


"Banyak bahagian yang sudah mengesahkan akan menghantar ahli mereka ke himpunan tersebut.

"Kenyataan yang dibuat presiden mengelirukan ahli, mengapa beliau tiba-tiba mengatakan Umno tidak menaja himpunan tersebut walhal satu mesyuarat khas sudah dipanggil untuk membincangkan mengenai himpunan tersebut," kata sumber itu.

Himpunan itu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasinya iaitu di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Dua kawasan itu merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga kaum Cina.

Najib sebelum ini berkata Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertai himpunan tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .