» » Hamidah Osman bertegas Najib Razak perlu letak jawatan segera kerana rasuah


Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman tidak gentar dengan khabar angin beliau akan dipecat daripada parti ekoran seruannya sebelum ini agar Datuk Seri Najib Razak berundur.

Sinar Harian hari ini melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan beliau kerana prinsipnya yang mendahulukan parti berbanding pemimpin.

"Saya berprinsip setia kepada parti, bukan kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

"Takkan lebih 3 juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk 3 juta ahli," katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Hamidah berkata demikian sewaktu mengulas khabar angin beliau akan dipecat daripada Umno susulan membuat kenyataan itu.

Sebelum ini pada Mei lalu, beliau berkata, Najib perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Beliau bagaimanapun berharap perkara pemecatan itu tidak akan berlaku kepadanya kerana ia hanya akan memberi kesan buruk dan memecahbelahkan parti.

Baru-baru ini Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin menerima surat pemecatan daripada parti kerana tindakannya membawa hal parti ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap Najib.

Anina yang sebelum itu lantang memarahi presiden parti itu dan melabelkan beliau sebagai penipu pada mesyuarat bahagian, bagaimanapun mendakwa pemecatannya sebagai tidak sah dan mempertahankan tindakannya menyaman Najib berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .