» » Dokumentari "Malaysia sebuah negara retak" terbitan syarikat Singapura seimbang dan adil


Penerbit program Insight yang baru-baru ini menampilkan mengenai Malaysia di bawah tajuk "Sebuah negara retak" mendakwa dokumentari terbitan Channel NewsAsia (CNA) Singapura itu seimbang dan merupakan hasil temuramah mewakili pelbagai spektrum, menangkis dakwaan seorang menteri Umno.

Penerbit Eksekutif Insight, Zainudin Afandi berkata CNA berbangga dengan "pandangan objektif" yang dibawa saluran televisyen itu, yang terhasil dan melabur di rantau ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rancangan yang disiarkan Khamis lalu itu berat sebelah dan hanya menemuramah ahli politik pembangkang.

Program itu adalah yang ke-6 sejak April yang menyentuh perkembangan politik Malaysia.

"Bertentangan dengan laporan Bernama memetik menteri komunikasi dan multimedia itu, Channel NewsAsia tidak menemubual mana-mana parti pembangkang di Malaysia.

"Channel NewsAsia menemuramah penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah, yang bukan merupakan ahli parti pembangkang.

"Kami percaya pandangan beliau memberikan satu wawasan dan keseimbangan kepada dokumentari itu.

"Program itu juga menemuramah penganjur perhimpunan baju merah, Ketua Umno Bahagian Datuk Jamal Md Yunos. Kami juga menyiarkan pandangan bekas ketua menteri Melaka dan anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Mohd Ali Rustam," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web CNA malam tadi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .