» » Datuk Hamidah Osman terima surat tunjuk sebab kerana didakwa anjurkan program yang libatkan Dr Mahathir


Bekas ketua penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman berkata, beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada parti kerana didakwa menganjurkan program yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hamidah merupakan salah seorang yang tersenarai sebagai salah seorang yang dispekulasikan akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Beliau berkata, surat tunjuk sebab itu diberikan kepadanya kerana didakwa mengadakan program Bicara Negarawan bersama Mahathir di Ipoh, Perak Mei lalu.

Sehubungan itu, ketua wanita Umno bahagian Gopeng itu berkata, beliau bersedia sekiranya spekulasi pemecatannya itu benar-benar berlaku.

"Saya sebenarnya dah mendapat surat tunjuk sebab. Dan itu sebabnya saya bersedia kalau dipecat. Kalau itulah keputusan parti. Tapi kena ingat, kuasa rakyat yang akan menentukan mereka suatu hari nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sambutan ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Selain beliau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dispekulasi meluas akan dipecat. Beberapa pemimpin Umno bagaimanapun menolak tanggapan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .