» » Chacha Maembong malu dihina tak pergi sekolah


Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali.

"Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih.

"Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah," katanya .

Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun.

Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah.

"Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.

"Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun," katanya.


Sementara itu, Chacha yang terlibat dengan drama Oh My English! Class Of 2015memberitahu teruja dapat belakon adegan alam persekolahan.

Katanya, rakan-rakan yang turut berlakon dalam drama tersebut banyak membantunya mendapatkan situasi ketika berada di alam persekolahan.

"Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang penggambaran Oh My English!, mula-mula saya rasa agak kekok juga, namun ramai yang membantu saya. Kami sudah seperti sebuah keluarga," ujarnya.

Drama bersiri Oh My English! Class Of 2015 ditayangkan setiap Ahad, pukul 6.30 petang di Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .