» » Ceramah The Journey yang melibatkan Dr Mahathir tidak akan bincangkan hal politik


Penganjuran ceramah bertajuk The Journey yang melibatkan tiga tokoh iaitu bekas perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan ahli perniagaan Datuk Kamarudin Meranun tidak akan membincangkan hal politik.

The Journey akan diadakan pada 16 September ini di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia Cyberjaya.

Pengasas Generasi Bersatu Malaysia (GBM) iaitu Asyraf Khalid yang merupakan penganjur ceramah tersebut berkata, tiga ikon negara itu akan berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing sebelum meraih kejayaan.

"Ceramah ini adalah penganjuran pertama GBM. Memandangkan ketiga-tiga ikon itu adalah idola saya termasuklah idola orang ramai, maka saya gabungkan mereka dalam satu acara.

"Ia langsung tiada kaitan dengan isu-isu politik. Bukan itu yang saya mahu tonjolkan dalam acara tersebut," katanya .

Asyraf yang juga anak usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) berkata, Mahathir, Siti Nurhaliza dan Kamarudin akan berkongsi pengalaman jatuh bangun mereka sebelum meraih kejayaan.

Kamarudin kini adalah pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

"Mereka akan berkongsi pengalaman susah dan senang sebelum mengecapi kejayaan untuk dijadikan sebagai pemangkin semangat orang ramai.

"Saya percaya pasti ramai yang masih tidak tahu di sebalik kejayaan ketiga-tiga ikon ini," ujarnya.

Sementara itu penyanyi Indonesia, Tya Arifin dan Amanda Imani akan membuat persembahan pada acara itu.

Bagi yang berminat, tiket berharga RM100 dan RM200 boleh ditempah dengan melayari www.peatix.com atau hubungi 017-6070670 (Izzati), 018-3900219 (Liyana).



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .