» » Bila si bangsat berkuasa dan menjadikan undang-undang sedia ada sebagai lesen untuk melakukan jenayah secara terbuka



"When plunder becomes a way of life for a group of men in a society, over the course of time they create for themselves a legal system that authorizes it and a moral code that glorifies it.” ― Frédéric Bastiat

Ia sudah pun terjadi.

Pembenar pencurian wang ialah M&A syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ini ialah perlembagaan sesebuah syarikat. 

Ia mempunyai kesan undang-undang. 

Ia elemen sistem undang-undang.

Membenarkan pengeluaran dan pembayaran daripada 1MDB hanya perdana menteri selaku menteri kewangan sahaja mempunyai kuasa mutlak, sama seperti menteri kewangan merupakan penanda-tangan sah akaun-akaun di Hong Kong.

Oleh demikian, apalah kita nak pecah kepala apabila 1MDB disuruh bayar AS$700 juta ke dalam akaun Good Star yang dikuasai Jho Lo?


Datuk Seri Najib Razak yang memberi perintah – Shahrol Helmi menurut sahaja. 

Jika di kemudian hari kita dapati Shahrol lakukan kesalahan, we will deal with him accordingly.

Umno hari ini bukan Umno zaman dahulu. 

Umno hari ini ada budaya memuliakan salah laku dan penjahat.

Najib hanya perlu berdepan dengan hang setia dalam Umno – menyeru rakyat jelata Umno memberikan kepercayaan penuh kepadanya sebagai presiden Umno untuk mencari dana.

Dana itu pun untuk dihulur kepada pemimpin dan ahli Umno.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kepala bekas timbalan pengarah Cawangan Khas masuk air.

Mungkin hal yang serupa boleh dikatakan terjadi ketika Najib membenarkan pembayaran “hutang” AS$700 juta.

AS$700 juta ini ialah kononnya hutang yang hari ini diberikan oleh syarikat induk kepada Petrosaudi.

Mengapa 1MDB hendak bekerjasama dengan sebuah syarikat yang mempunyai hutang sedia ada sebanyak AS$700 juta? 

Mengapa ingin membeli sebuah syarikat yang sedia ada hutang? 

Tidak ada beban, batu digalas – kata pepatah Melayu.

Itu langkah bodoh yang pertama. 

Ia suatu alasan untuk memindahkan AS$700 juta ke dalam akaun yang dikuasai sahabat Najib iaitu Jho Low. 

This is pure embezzlement.

Wah! Pemimpin kita semua baik dengan orang Cina tetapi rakyat biasa disuruh bermusuh dan berkelahi dengan orang Cina. 

Pandai sungguh pemimpin Melayu kita berburu bersama anjing dan berlari bersama buruan. Hebat.

Kedua, mengapa 1MDB menyuntik AS$1 bilion ke dalam syarikat kerjasama tetapi rakan kongsi tidak pula meletakkan wang tunai? 

Satu sen pun tidak.

Sebaliknya rakan kongsi hanya menjanjikan menyuntik asetnya ke dalam syarikat usaha sama.

Aset yang dikatakan ialah telaga minyak yang dimiliki syarikat Kanada – Burried Hill dan telaga minyak yang dikatakan wujud di Turkmenistan.

Harta Ismet Ulamraja banyak di serata dunia – Hindustan, Kazakhstan, “Syaitan” dan “Gohid Gostan”. 

Kedua-dua aset ini tidak wujud pun.

Maka, pertamanya rakan kongsi sudah mencuri AS$700 juta.

Kedua, rakan kongsi sudah kelentong Najib mengenai kewujudan aset.

Persoalannya, kalau sudah wang AS$700 juta disapu dan kemudian aset yang sepatutnya disuntik tidak ada, kenapa mahu teruskan kerjasama?


Selepas bayaran AS$700 juta, 1MDB bayar lagi tambahan AS$330 juta.

Kalau dah rakan kongsi berhutang kepada syarikat induk – maka bayaran hutang mestilah kepada syarikat induk.

Tapi bayaran ialah kepada pihak ke-3 yang tidak ada kaitan dengan syarikat induk dan tidak sebahagian dalam perjanjian antara 1MDB dan Petrosaudi.


Apa yang berlaku hari ini? 

Pada awalnya Najib menyebabkan 1MDB membayar AS$700 juta kepada sebuah syarikat yang diwujudkan untuk menyapu duit.

Sebagai individu dan berautoriti akhir mengeluarkan wang ini, Najib bertanggungjawab. 

Beliau gagal menjalankan tugasannya.

Malah, jika beliau tahu wang itu dibayar kepada sebuah syarikat yang tiada kena mengena, maka beliau hari ini melakukan pecah manah.

Mengapa membenarkan bayaran berikutnya sebanyak AS$330 juta? 

Kalau pertama kali boleh dikatakan kesilapan, kali ke-2 mengandungi niat salah laku.

Kenapa beliau membenarkan 1MDB menjadi rakan kongsi dengan syarikat “Pak Arab” yang nyata kelentong duit 1MDB?

1MDB bukan syarikat kerajaan? 

Modal asal sebanyak RM1 juta ialah duit kerajaan.

Kerajaan memberi jaminan kepada 1MDB. 

Kalau bukan syarikat milik kerajaan atau syarikat yang tidak dikuasai oleh kerajaan – mengapa surat jaminan kerajaan diberikan?

Jika bukan syarikat kerajaan – mengapa standy credit sebanyak RM1 billion disediakan dan di mana RM900 juta digunakan oleh 1MDB?

Rakyat Malaysia jangan lupa kepada putar belit untuk menggunakan 1MDB menyamun duit rakyat dan mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonomi.

Dan ini semua dilakukan dengan kebenaran dan kerjasama Najib Razak yang jelas master mind nya.

Orang Melayu yang berhimpun dimana sahaja, sama ada sedang dan sudah berhimpun dan akan berhimpun, tanya satu soalan. 

Adakah orang dan bangsa Melayu memuliakan kemungkaran dan perlakuan fasad?

Ingat – 6 bulan sehari, usahasama dibatalkan tapi sehari ini banyak wang dicuri, kerajaan dan 1MDB gagal mendapatkan kembali pemulangan duit. 

Malah 1MDB menukar semua wang yang disapu oleh 1MDB kepada hutang.

1MDB sudah bertukar menjadi institusi kewangan berlesen ketika mengubah wang yang disapu kepada pinjaman? 

Kenapa memberi pinjaman kepada syarikat yang menipu kita?




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .