» » BERSIH 4 ialah berkaitan membenteras skandal rasuah di Malaysia dan tiada kaitan langsung dengan perkauman


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya bekas naib pengerusi parti itu Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bagaimana orang Cina boleh berlagak menunjukkan kekuatan mereka kepada orang Melayu semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu apabila masyarakat tersebut turut diwakili.

Lim berkata, terdapat kira-kira 20% orang Melayu daripada ratusan ribu di perhimpunan itu pada Sabtu dan jumlah itu meningkat 2 kali ganda kepada 40% pada Ahad, sebelum perhimpunan 34 jam itu berakhir.

"Adakah beliau mengatakan orang Melayu pada perhimpunan itu juga berlagak tunjuk kuat kepada orang bukan Melayu? Ini hanya cubaannya memainkan isu perkauman bagi mengalihkan perhatian daripada skandal sedia ada.

"Ini bukan soal kaum. Ini mengenai skandal," kata ketua menteri Pulau Pinang itu mengulas tulisan Tunku Aziz dalam ruangannya di akhbar Bahasa Inggeris yang ada kaitan dengan Umno, New Straits Times semalam.

Beliau yang sering dilihat mengkritik DAP sejak meninggalkan parti itu beberapa tahun lalu, mengecam penganjur Bersih 4 dan bekas partinya yang menyokong perhimpunan anjuran badan pemantau reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .