» » Bekas Timbalan Pengarah Polis Cawangan Khas cabar pembantu Rosmah Mansor berdebat


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mencabar pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor untuk berdebat kerana mendakwa pegawai polis menjual "cerita terbaru" beliau dengan membabitkan isteri perdana menteri bagi pemindahan mengejutnya keluar daripada pasukan itu.

Cabaran Hamid dikeluarkan terhadap Datuk Rizal Mansor ekoran status Facebook beliau 2 hari lepas, mengatakan pegawai polis yang mengikuti jejak langkah idolanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengaitkan Rosmah bagi menjual cerita.

"Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Hamid Bador juga mengikut Jejak Langkah idolanya ‘terpaksa guna’ nama Datin Seri Rosmah Mansor untuk jual cerita dia yang terbaru ..," katanya dalam posting bertajuk "Cara Paling Mudah untuk Jual Cerita ".

Beliau memberi beberapa contoh dan merujuk kepada Hamid dan Dr Mahathir, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin.

Hamid sebelum ini mendakwa Rosmah menghadiri mesyuarat peringkat tinggi di mana keputusan dibuat untuk menutup siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Insya-Allah, saya tidak berbohong. Saya mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan saya kerana ia berlaku ketika saya masih timbalan pengarah Cawangan Khas," kata Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Hamid turut menegur Rizal kerana “berterusan menipu”.

"Saya juga ingin bertanya sama ada jawatan ybhg dato' ni lantikan politik atau tidak? Jika jawapannya 'ya' sanggupkah ybhg dato naik berdebat dengan saya.? Ingat pesanan orang-orang tua kita....jangan suka berbohong.”
Hamid, 2 hari lepas mempersoalkan pemindahannya daripada Cawangan Khas dan ke sebuah unit keselamatan baharu di Jabatan Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai tindakan "cold storage".

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Hamid berkata beliau mengarahkan soalannya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang memaklumkan kepadanya sendiri mengenai perpindahan itu.

Beliau tertanya-tanya jika pemindahan itu sebarang kaitan dengan kehadiran beliau ke rumah bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, 2 hari sebelum dibuang daripada jawatannya.

Hamid berkata beliau terhina dengan cara perpindahannya dikendalikan.

"Saya rasa terhina kepada paras terendah ... seolah-olah saya tidak berhak memakai lencana polis. Ia membuatkan saya tertanya-tanya jika ia mempunyai kaitan dengan kehadiran saya di rumah Tan Sri Gani Patail atau semata-mata kerana saya sentiasa mengkritik arah dan progres yang perlahan dalam penyiasatan 1MDB," katanya tanpa menyatakan apa yang beliau bincangkan dengan Gani.

Hamid berkata, jika perpindahan itu adalah "hukuman" bagi menemui Gani, ia sangat "kejam".

Menuduh Zahid, yang juga menteri dalam negeri yang menyelia pasukan polis, Hamid berkata, "Bukankah dengan menyedari saya seorang pegawai dalam pasukan polis dan bukan pembodek politik?

"Saya mahu jawapan daripada Datuk Seri Zahid sebab-sebab saya ditendang keluar kerana beliau adalah orang yang menyampaikan berita kepada saya. Beliau pasti tahu mengapa."

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas berkata itu, kes itu adalah "luar biasa" kerana arahan perpindahannya datang daripada timbalan perdana menteri.

Tambah beliau, sebagai menteri dalam negeri, Zahid sepatutnya mempertahankannya. Hamid berkata, sehingga kini, beliau masih tidak mempunyai skop tugas jawatan yang sebenar walaupun melaporkan diri pada 1 September.

Beliau ditukar daripada Cawangan Khas pada pertengahan Ogos bagi mengendalikan satu bahagian jenayah merentas sempadan baharu yang melaporkannya terus kepada perdana menteri.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .