» » Bekas ratu cantik bebas meluahkan pandangannya terhadap Najib Razak yang korup


Seseorang mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengulas mengenai bekas ratu cantik Malaysia, Soo Wincci yang memuat naik videonya menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Mengakui tidak mengenali siapa Soo, Nazri berkata penyanyi itu bebas membuat kenyataan sebegitu di media sosial memandangkan tiada sekatan dibuat kerajaan.

"Saya tak kenal pun dia. Itu dia punya hak. Kita tidak sekat media sosial.

"Kalau dia hendak upload, saya pun tidak kenal dia. Itu pendapat dia. Kalau tidak ada sosial media pun, masyarakat akan bercakap juga mengenai perdana menteri," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Radio MaGiC di Kuala Lumpur.

Nazri turut menyindir Soo untuk meminta dirinya meletakkan jawatan.

"Dia pun boleh minta saya letak jawatan," katanya.

Sebelum ini, Soo yang juga penyanyi sedang menempa nama di luar negara memuat naik video berdurasi 6minit.

"Kepada Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah, bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata Soo dalam video yang dimuat naik sejak Ahad lalu.

Penyanyi jelita itu juga menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Beliau turut bersedia sekiranya menerima kesan buruk akibat daripada kenyataannya melalui video tersebut.

"Ada kemungkinan saya akan digam atau mungkin juga tidak dibenarkan pulang ke Malaysia," katanya.

Soo kini berada di Taiwan untuk proses rakaman albumnya di sana.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .