» » Banjir seakan Tsunami melanda Jepun


Pihak berkuasa Jepun mengarahkan puluhan ribu meninggalkan rumah mereka selepas hujan lebat membanjiri sungai dan menyebabkan tanah runtuh, dengan seorang dilaporkan hilang selepas rumah ditimbus tanah runtuh, lapor AFP.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran hujan lebat di wilayah Tochigi dan Ibaraki, utara Tokyo, dan menggesa penduduk berwaspada terhadap tanah runtuh dan banjir.

“Ini adalah skala hujan lebat yang belum pernah dialami sebelum ini ,” kata ahli meteorologi Takuya Deshimaru pada sidang media tergempar.

Bahagian tengah Tochigi ditenggelami air dengan hampir 60 sentimeter (dua kaki) hujan sejak petang Isnin.

Pihak berkuasa di Tochigi mengarahkan lebih 90,000 penduduk dipindahkan, manakala 80,000 lagi telah dinasihatkan untuk meninggalkan rumah masing-masing, kata penyiar awam NHK.


Pusat pemerhatian meteorologi di Tochigi berkata sungai Kinugawa, yang mengalir melalui Ibaraki, melimpah awal hari ini.

Di bandar Kanuma Tochigi ini, seorang pegawai tempatan berkata pasukan penyelamat mencari orang yang hilang dipercayai tertimbus dalam banjir lumpur.

“Kita tidak tahu butir-butir orang lagi,” katanya.

NHK melaporkan ia adalah seorang wanita berusia 60-an dipercayai tertimbus selepas banjir lumpur memusnahkan rumah. Suaminya telah diselamatkan tidak lama kemudian, katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .