» » Anwar Ibrahim hargai Dr Mahathir dan Siti Hasmah turun BERSIH 4


Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai kehadiran bekas ketuanya dalam pentadbiran kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Anwar dalam perutusannya berkata, dirinya menghargai kecekalan rakyat meneruskan perjuangan perubahan menentang rasuah dan penipuan walaupun diugut serta dihalang kerajaan.

"Saya juga alu-alukan kehadiran Tun Mahathir dan Dr Siti Hasmah dalam turut menyertai perhimpunan Bersih 4," katanya.

Ketua umum PKR yang sedang menjalani hukuman 5 tahun di penjara Sungai Buloh itu berkata, himpunan Bersih 4 membuktikan rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

"Saya ucap tahniah kepada beratus ribu rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan aman Bersih 4; ia merupakan suatu kejayaan amat besar yang memberi fokus penting kepada tuntutan-tuntutan Bersih yang sah dan patut," katanya.

Bekas perdana menteri itu dalam tulisan blognya semalam menjelaskan, beliau terpaksa menyertai Bersih 4 kerana mahu mencari penyelesaian kepada kemelut depani selepas segala cara menyingkirkan perdana menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara sudah ditutup Datuk Seri Najib Razak.

"Hanya dengan suara keramat rakyat, dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara daripada perasuah.

"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah," katanya dalam blog chedet.

Katanya, pendiriannya terhadap demonstrasi jalanan seperti yang disuarakan sebelum ini tetap utuh tetapi mendakwa, pentadbiran Najib ketika ini memusnahkan semua saluran yang ada untuk menyelamatkan negara.

"Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan kerajaan apabila menyalahgunakan kuasa.

"Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan pendakwa raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

"Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .