» » Anina menyatakan perjuangannya baru sahaja bermula dengan saman Najib Razak yang korup


Walaupun dipecat, bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang menyaman presiden dan setiausaha kerja parti menegaskan perjuangannya dalam parti Melayu terbesar itu masih belum selesai.

Anina yang sebelum ini terkenal kerana video ucapannya mengkritik Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap presiden Umno itu dan Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh pada Jumaat lepas berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Perjuangan belum selesai, tapi akan diselesaikan dengan izin Allah," kata Anina kepada The Malaysian Insider.

"Semangat saya semakin menggelegak dan berada di tahap tertinggi. Setapak takkan ku undur..."

Anina dipecat mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.

"Pada dasarnya ini adalah saman oleh Umno untuk Umno, meminta presiden parti bertanggungjawab terhadap kronologi yang berkaitan wang RM2.6 bilion itu, dari mana datangnya, ke mana perginya, berapa banyak yang tinggal dan pulangkan ia bagi kebaikan Umno," katanya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Anina bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang komen apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan tindakan Umno memecatnya.

Beliau bagaimanapun membalas dengan sajak secara spontan:

"Bukan ku minta lahir ke dunia,
Bukan ku minta menjadi Melayu,
Bukan ku minta menjadi rakyat bumi Malaysia,
Kasih ku pasak untuk bumi tercinta,
Demi Allah yg mentakdirkan aku menjadi anak Melayu, anak Malaysia...
Selagi hidupku ditentukan Allah untuk bernyawa, selagi itu aku berjuang untuk tanah air tercinta.
Sumpah setiaku sebagai rakyat dan imanku sebagai umatNya, bergadai nyawa tetap aku pertahankan maruah agama, bangsa dan negaraku.
Salam perjuangan anak Malaysia."

Anina sebelum ini membuat kenyataan dengan nada marah mengatakan Najib sudah menipu 3 juta ahli Umno pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi.

Video tersebut menjadi viral di laman Facebook dan Youtube turut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk menteri Umno sendiri.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .