» » 9 kawasan catat udara tidak sihat setakat 2 petang 4 September 2015


Kawasan yang mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang tadi berkurang kepada sembilan berbanding 12 pada 9 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di 2 kawasan di Kedah iaitu Alor Setar dengan bacaan 116 dan Bakar Arang (Sungai Petani)(102).

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Perak iaitu meliputi kawasan Kg Air Putih (Taiping)(105), SK Jalan Pegoh (Ipoh)(108), Seri Manjung (105) selain Kangar, Perlis (110).

Dua kawasan di Selangor mengalami keadaan sama iaitu Pelabuhan Klang (105) dan Shah Alam (103) manakala kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur mencatat bacaan 102.

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana. IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .