» » 3 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pada pagi 9 September 2015


Tiga kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini, demikian menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar hari ini.

Kawasan terbabit ialah Bandaraya Melaka yang mencatatkan bacaan 112 diikuti Bukit Rambai (107) dan Nilai (103).

Muar pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 100 berbanding bacaan tidak sihat 101 pada pukul 7 pagi tadi.

Di ibu negara, kualiti udara berada pada tahap sederhana iaitu 75 di Cheras dan 80 di Batu Muda dan situasi sama turut direkodkan di Putrajaya iaitu 76.

Setakat pagi ini, kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .