» » 24 kawasan bacaan IPU nya tidak sihat pada pukul 6 pagi 14 September 2015


Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 6 pagi Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, lokasi yang terjejas di Semenanjung ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 175, diikuti Nilai (170), Putrajaya dan Seremban (masing-masing 162) dan Pelabuhan Klang (161).

Kawasan lain di Semenanjung yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda di Kuala Lumpur (154), Port Dickson (152), Cheras (148), Shah Alam (143) dan Petaling Jaya (139).

Di Sarawak, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Sri Aman (128), Samarahan (121), Sarikei (112) dan Kuching (111).

Sementara itu, kawasan di Sabah mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Kualiti udara dengan bacaan IPU bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .