» » Utusan beri amaran kepada UMNO agar tidak menunggu rakyat M'sia jawab "tiada lagi hari esok bagimu"


Utusan Malaysia memberi amaran kepada Umno agar tidak menunggu rakyat menjawab kembali kepada mereka "tiada lagi hari esok" kerana sekiranya perkara demikian berlaku maka ia sudah terlambat.

Pengarang kanannya, Zulkiflee Abu Bakar membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang menjawab "esok bukan pilihan raya" sebagai reaksi terhadap dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangkakan Barisan Nasional (BN) kalah sekiranya pilihan raya diadakan esok.

Zulkiflee berkata, pemimpin Umno seharusnya memandang kenyataan "jika esok pilihan raya" sebagai satu persoalan serius kerana sokongan rakyat terhadap parti tersebut dilihat semakin merosot berikutan pelbagai isu.

"Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar mengetengahkan keluh resah ahli Umno di peringkat akar umbi yang mahu kepimpinan Umno melakukan sesuatu bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap segala isu yang tercetus.

"Sekarang ini mungkin berpegang kepada tafsiran esok bukan pilihan raya maka jentera penerangan Umno dianggap bagaikan hidup segan mati tidak mahu sehingga membuka laluan Umno dan BN diserang pelbagai penjuru.

"Jangan sampai ketika pilihan raya nanti apabila ada pemimpin Umno berkata; 'kalau esok kita kekal memerintah kita akan melakukan itu dan dan ini', rakyat akan menjawab ;'Tiada esok bagimu', tulisnya dalam akhbar milik Umno itu hari ini.

Minggu lalu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak turut berkata, BN dan Umno masih mempunyai banyak masa untuk meraih keyakinan orang ramai kerana pilihan raya tidak akan diadakan "hari ini atau esok".

Kenyataan beliau itu dilihat seperti menjawab dakwaan Muhyiddin sebelum ini yang BN akan tewas dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sekarang.

"Ada orang kata kita akan kalah jika pilihan raya diadakan hari ini. Siapa kata pilihan raya hari ini? Bukan hari ini, bukan esok," kata Najib pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu Ahad lepas.

Sebelum itu hujung minggu lalu Muhyiddin menyelar Ahmad sebagai pemimpin yang membuat "lawak antarabangsa".

Timbalan presiden Umno itu berkata, apabila menyatakan "BN akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan esok", beliau maksudkan parti itu mungkin akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya tiada tindakan diambil terhadap isu berbangkit dan ia sebagai peringatan untuk Umno kekal berkuasa.

"Memang saya tahu esok tak pilihan raya.

"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan berkata, kenapa nak kata BN akan kalah kerana esok bukan pilihan raya?

"Ini mungkin 'international joke' (lawak antarabangsa).

“Anggap seperti seorang ibu tanya anaknya, esok besar nak jadi apa? Si anak boleh jawab, esok saya masih kecil," katanya sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Kompleks Pekan Rabu di Kluang, minggu lepas.

Zulkiflee juga berkata pemimpin Umno perlu berhenti membuat kenyataan yang hanya menyebabkan rakyat berasa muak dan mereka harus berdepan realiti serta perlu mengatur strategi bermula sekarang bagi meraih undi.

Pengarang kanan Utusan Malaysia itu juga mendakwa kini kelihatan wujudnya kumpulan majoriti senyap atau atas pagar semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN.

"Usah menanti hari esok untuk mengatur langkah kerana kita tidak tahu esok milik siapa. Gerakan menghadapi pilihan raya perlu dilakukan sekarang.

"Jentera Umno tidak harus dibuai dengan kenyataan sesetengah pihak yang kadang kala dilihat tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam sindrom penafian.

"Dalam pilihan raya hak mutlak membuat keputusan adalah rakyat,Mereka sedang memerhati dengan teliti apa yang berlaku sekarang," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .