» » Undang-undang caca marba punca rakyat Malaysia meluat dengan UMNO


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran tindakan kerajaan menjadikan undang-undang caca marba menurut selera mereka akan menguatkan lagi rasa jengkel orang ramai terhadap kerajaan dan Umno.

Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu mengkritik keras "tindakan tidak tahu malu" kerajaan mengisytiharkan siasatan pasukan khas terhadap skandal wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak sah.

Pada masa sama katanya, Najib dan konco-konconya tergamak mewajarkan pengaliran masuk wang RM2.6 bilion daripada sumber meragukan itu ke dalam akaun perdana menteri.

"Sesungguhnya Najib menjadikan Umno, parti yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia, sebagai satu parti yang busuk dan bergelumang rasuah. Orang ramai kini meluat dengan Umno," tulis beliau dalam blognya, chedet.cc.

Menurut Dr Mahathir, Najib kini "lupa" yang Barisan Nasional (BN) menggulingkan kerajaan Perak dengan mendakwa ia mempunyai sokongan majoriti.

Justeru kata Dr Mahathir, undi tidak percaya terhadap Najib amat diperlukan sekarang ini kerana beliau membuatkan ahli politik BN terhutang budi padanya dengan jawatan mewah dalam kerajaan.

"Salah seorang daripada mereka mendakwa mempunyai bukti dokumen akan salah laku Najib, kini dengan gembira menyokongnya selepas dilantik sebagai menteri," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, sokongan ahli Parlimen BN kepada Najib atas alasan menerima peruntukan daripada derma politik itu adalah satu bentuk rasuah.

"Sokongan kepada presiden (parti) hanya jika beliau melaksanakan polisi parti.

"Ia bukan secara peribadi kepada beliau. Beliau secara terbuka kata mereka menyokongnya kerana terima duit daripada beliau. Ini rasuah," kata Dr Mahathir .

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .