» » Timbalan pengarah Cawangan Khas polis pula dipindahkan ke JPM


Selepas beberapa minggu khabar angin bertiup kencang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador akhirnya menerima surat pertukaran, mengarahkan beliau mengetuai sebuah bahagian keselamatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Difahamkan arahan pemindahan itu dikeluarkan semalam, semasa Hamid masih bercuti panjang.

Beliau dijangka melaporkan diri di JPM selepas cutinya berakhir pada 28 Ogos.

Hamid hari ini menghadiri satu majlis ringkas yang diadakan secara tertutup untuk menyerahkan tugas kepada penggantinya, Datuk Mohd Haniff Hanudin.

Katanya kepada portal berita Malaysiakini, beliau tidak tahu kenapa secara tiba-tiba beliau diarahkan bertukar.

"Saya tidak tahu mengapa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di sana," Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertukaran itu harus ditujukan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Hamid merupakan kakitangan awam terkini yang secara mendadak dipindahkan daripada pejabatnya.

Pada 7 Ogos, 2 pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke JPM berkuat kuasa serta merta.

Arahan itu dibatalkan pada 10 Ogos selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Kedua-duanya kemudiannya kembali semula ke jawatan asal mereka dalam badan anti-rasuah itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .