» » 'Saya rela ganti pegawai yang ditukar serta-merta kerana mereka menyiasat skandal 1MDB dibawah arahan saya'


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini.

Sebagai balasan, beliau menawarkan dirinya, mengatakan kedua mereka itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob - hanya bertindak mengikut arahannya.

"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Shukri dilaporkan berada di luar negara atas urusan rasmi.

Beliau mengulas laporan mengenai pemindahan serta merta kedua-dua Bahri dan Rohaizad hari ini.

Kedua-duanya dijangka melapor diri ke JPM pada Isnin.

Bahri sebelum ini sangat vokal dalam komen beliau menentang tindakan pihak polis yang menyiasat SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan kedua-dua mereka dipindahkan kerana mengeluarkan kenyataan keras susulan serbuan polis ke atas pegawai SPRM.

Alasan lain yang mungkin mengakibatkan arahan pemindahan itu ialah cara SPRM bertindak balas terhadap "serangan berterusan" ke atas badan anti-rasuah itu dan layanan baik mereka kepada pembangkang apabila mereka melawat ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya semalam.

Difahamkan yang pegawai cawangan khas turut hadir semalam untuk menjalankan 'profiling' terhadap pegawai utama SPRM termasuk Rohaizad, pegawai yang bertemu pemimpin pembangkang.

Tidak diketahui peranan apa yang akan dimainkan kedua-duanya di JPM kelak kerana semua orang seolah-olah terkejut dan keliru dengan arahan pemindahan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .