» » Satu dunia sudah tahu Najib Razak penyamun besar di Malaysia


Cakaplah apa sahaja
retorik dan justifikasi

Suci dalam debu
maksum penuh kelabu

Satu dunia sudah tahu
siapa perompak

Siapa penyangak
siapa pembohong tegar

Yang berulang mengulang
tidak tahu malu

Tidak peduli halal haram
siri perompakan dan pembohongan
mengkhianati amanah dan mandat.

Berlakunlah terus
politikus berdarah pahlawan bacul

Di pentas maharaja lawak
dengan sorakan penyokong berani mati

Mempertahankan kecurangan moral
melaungkan kesetiaan membabi buta

Walau dikencing hari-hari
walau diliwat sebuas nafsu

Walau segalanya terang bersuluh
bilion bilion masuk akaun peribadi

Tanpa nama perderma dan audit
kunun-kunun sebagai derma parti

Satu dunia sudah tahu
sedekah daripada poket awam

Yang berlegaran dari bank ke bank
jejak korupsi paling jahanam

Menghimpun kedurjanaan perjuangan
survival seorang pengkhianat

Dalam sejarah ketuanan bangsat
menuju saat kemuflisan negara!



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

2 comments:

  1. kenapalah ramai lagi org malaysia ni kurang cerdik dan percaya pd najib ni ?

    ReplyDelete

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .