» » Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun iaitu 3.91 berbanding USD


Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun hari ini diseret turun oleh pelbagai isu domestik serta kemerosotan harga komoditi, kata peniaga mata wang.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 berbanding dolar daripada 3.8760/8790 pada Rabu.

Ringgit merosot sehingga 0.4% kepada 3.8935 satu dolar, paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum mata wang itu ditambat pada 3.8000.

Peniaga Mata Wang Capital Advisors, Justin Herling memberitahu Bernama, kejatuhan harga minyak serta ekonomi China yang tidak menentu, menyumbang kepada penyusutan ringgit.

Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8140/8166 daripada 2.7986/7027 semalam dan menurun berbanding yen kepada 3.1231/1266 daripada 3.1160/1092 pada Rabu.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.2461/2501 daripada 4.2082/2122 sebelum ini dan lebih rendah berbanding pound sterling pada 6.0871/0938 daripada 6.0392 semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .