» » Rasa lebih selamat bila wang RM2.6 bilion atau imbuhan lain dalam akaun peribadi Najib Razak


Ahli Umno bersetuju dengan amalan sumbangan politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa lalu, sumbangan disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah yang membawa kepada pelbagai kerumitan.

"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti.

"Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik Umno," katanya dalam satu temubual di TV1 pada Selasa.

Rahman berkata beliau dan ahli-ahli parti berasa lebih yakin dengan dana disalurkan dalam akaun presiden kerana ia lebih selamat di sana.

"Malah adalah menjadi tanggungjawab presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.

"Mengapa saya tidak gembira jika presiden saya dibuktikan tidak bersalah.

"Malah jika beliau melakukan kesalahan tersebut, Allah melarang, tidak ada keperluan Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana ahli Umno sendiri akan mendedahkan isu ini," katanya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia adalah perbuatan mulia penderma yang tidak mengenakan sebarang syarat.

"Sebelum ini, wang disalurkan kepada pihak tertentu, mereka tertakluk kepada syarat dan ia menjadikan perjanjian tersebut tidak sah.

"Ia adalah sama seperti kita memberikan wang kepada warga Palestin dan Gaza kerana kita percaya dalam perjuangan," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .