» » Peguam dan polis tidak sependapat perhimpunan Bersih 4 sah atau tidak


Polis tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diteruskan tetapi peguam perlembagaan berkata peserta tidak akan melanggar sebarang undang-undang selagi mereka berhimpun secara aman dan mengelakkan diri daripada menyebabkan rusuhan yang serius.

Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012 memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun dan mendemonstrasikan perasaan serta pendapat mereka dalam cara yang baik dan agensi penguat kuasa juga diarahkan mematuhi undang-undang itu, kata mereka.

Peguam Eric Paulsen berkata mana-mana rakyat boleh berhimpun secara aman pada bila-bila masa.

“Tetapi pastikan anda tidak terbabit dengan mana-mana tindakan keganasan dan memusnahkan harta awam,” katanya, menambah polis dan pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertugas memudahkan perhimpunan awam yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos itu, di sekitar Dataran Merdeka di pusat bandar raya.

Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan berkata tidak ada sekatan terhadap jumlah maksimum untuk berhimpun dalam kumpulan kecil seperti yang dinyatakan dalam Akta Polis.

“Ia juga bukan kesalahan untuk memakai pakaian berwarna kuning, termasuk kemeja T Bersih, untuk ekspresi diri mereka.

“Seseorang itu juga tidak menyalahi undang-undang apabila membawa sepanduk atau poster asalkan mesejnya tidak berunsur fitnah, kasar atau provokatif,” katanya, dan menambah payung kuning juga dibenarkan.

Bagaimanapun, memasang khemah di Dataran Merdeka akan menyebabkan tindakan daripada DBKL memandangkan merosakkan padang hijau terletak bawah bidang kuasa agensi itu.

Perhimpunan Bersih 4 diadakan selama 34 jam, menurut penganjurnya, kumpulan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 yang mendesak perubahan dalam sistem pilihan raya, pentadbiran, kebebasan untuk membantah, demokrasi berparlimen dan

Atas nama “Festival Demokrasi”, ia juga akan disertai dengan persembahan, bengkel dan bual bicara komuniti sepanjang malam.

Tetapi, polis Kuala Lumpur mengumumkan perhimpunan itu tidak boleh diteruskan, memetik keputusan DBKL tidak membenarkan peserta protes berkumpul di Dataran Merdeka, di mana sambutan Hari Merdeka akan berlangsung pada 31 Ogos.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bagaimanapun berkata polis memutar belit arahan DBKL dan mengambilnya secara keseluruhan perhimpunan itu tidak dibenarkan, ketika DBKL hanya berkata perhimpunan itu tidak boleh memasuki kawasan padang.

“Mereka (polis) putar belit keseluruhan isu seperti kami akan masuk ke dalam Dataran,” kata Maria kepada The Malaysian Insider semalam.

Katanya, datuk bandar sudah menjelaskan kepada mereka kebenaran DBKL tidak diperlukan sekiranya ingin berkumpul di sekitar Dataran Merdeka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menolak permohonan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan keempatnya di Dataran Merdeka kerana persiapan menyambut Hari Merdeka sedang dijalankan di situ.

Maria berkata, Bersih 4 tidak berhasrat untuk mengganggu persiapan untuk sambutan itu dan sebaliknya akan berkumpul di kawasan jalan berhampiran, di sekeliling dataran berkenaan.

Bagaimanapun, Amin juga mencadangkan Bersih 4 diadakan seminggu selepas tarikh itu dan mencadangkan lokasi lain tetapi Maria berkata perhimpunan itu akan diteruskan seperti dirancang kerana tarikh sudah pun ditetapkan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .