» » Najib Razak persoal ketepatan laporan Sarawak Report


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tentang ketepatan laporan portal Sarawak Report berhubung yang menyiarkan siri dakwaan terhadap syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.

Perkara ini timbul sehari selepas Sarawak Report mendakwa sejumlah AS$650 juta daripada US$681 juta yang telah didepositkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke luar negara.

Bagaimanapun, Najib tidak secara khusus menyentuh berhubung dakwaan terbaru Sarawak Report itu tetapi memfokuskan tentang kredibiliti laporan sebelum ini.

"Tak tau berita betul ke tidak, cerita dalam Sarawak Report... sama ada emel tu dipinda atau tak pinda?" soal Najib dalam ucapan mesyuarat Mesyuarat Agung Umno bahagian Kepala Batas hari ini.

"Ada cerita kononnya RM42 bilion dah hilang. Betul ke? Kalau hilang, macam mana ada tawaran berbilion nak beli aset 1MDB?" soal Najib lagi.

Najib turut berkata kepada perwakilan yang hadir bahawa dakwaan tersebut kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Presiden Umno itu bagaimanapun tidak menyatakan bahawa PAC kini berhenti sementara siasatan terhadap 1MDB memandangkan bekas pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad serta beberapa ahli jawatankuasanya seperti MP Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik ke kabinet.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .