Sering kali kalian mengungkit
kenanglah budi kami politikus
Dasar ekonomi baru
memberi biasiswa dan pinjaman
memberi biasiswa dan pinjaman
Dapat belajar di luar negeri
pulang menjadi seorang profesional
Kelas menengah Melayu
harga rumah bumiputera
Terus diancam dan digertak
jangan sekali jadi penderhaka
Dulu, kini, selamanya taat setia
mengundi sampai mati
Kepada kepimpinan parti keramat
selagi ada bulan dan mentari
Walau bukan ahli atau peduli
kerana kewarasan intelektual
Semakin jiwa menyampah
mual, jijik, benci, marah
Melihat siri pengkhianatan
yang menjadi-jadi jahanamnya
Selama enam dekad hipokrasi
perompakan, pembohongan
Pemborosan, penyelewengan
rasuah dan kebobrokan
Sebagai budaya ketuanan
mempertahankan kuasa politik
Para elit bongkak terpilih
yang survival dengan penindasan
Tidak kira apa sahaja tindakan
di bawah akta drakonian
Pendakwaan terpilih
selagi matlamat menghalalkan cara
Kami juga Melayu merdeka
sebagai warganegara setia
Walau dimomokkan dihina
dalam pakatan pembangkang
Tetap membayar cukai
mahukan keamanan
Menegakkan agama seadanya
bukan lakonan di pentas politik
Maka kami lebih patriotik dan bijaksana
membuat pilihan kepimpinan
Berdasarkan perjuangan rakyat
keadilan untuk semua
Pembahagian ekonomi sama rata
bukan sekadar menjadi zombi
Menyokong membabi buta
walau terus diperbodohkan
Dikata haram jadah dan bangang
dikencing hancing setiap hari
Semeriah propaganda bacul
dan limpahan duit kopi kain pelikat
Bersama janji-janji manifesto pilihan raya
ugutan, gertakan dan gerrymandering
Apalagi setelah terbongkar 2.6 bilion
masuk akaun perdana menteri
Dihalalkan sebagai derma
mempertahankan durjana petualang
dengan pelbagai versi merepek.
Ribuan tahun dalam sejarah Nusantara
turun naik legasi keturunan
Kami Melayu tidak mungkin bangsat
walau tanpa parti kebangsaan
Yang menggadai warisan keturunan
kerana ketuanan itu adalah kekuatan
Dari iman, maruah dan jati diri
berusaha dengan amanah
Bertanggungjawab sepenuh integriti
bekerjasama sesama warga
Berkongsi satu wawasan masa depan
tidak termakan ancaman rasisme
Bogeyman dan konspirasi puaka
kerana ini abad ke 21
Ruang tanpa sempadan fizikal
persaingan kompetitif global
Peperangan dan bencana
krisis, konflik sejagat
Menjadi penyatuan nasional
sehati sejiwa secara terbuka
Selagi hayat dikandung badan
hanya satu tanah tumpah darah
Tidak melulu kesetiaan sentimental
penuh kedangkalan emosional
Kepada individu atau parti
yang hanya sebahagian kecil
Komponen demokrasi
di bawah keluhuran perlembagaan
No comments: