» » Kerajaan telah musnahkan harapan siasatan skandal 1MDB yang sepatutnya berjalan tanpa gangguan.


Keputusan Putrajaya untuk tidak mengadakan sidang Parlimen khas bagi melantik ahli baru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memusnahkan harapan wakil rakyat pembangkang dalam jawatankuasa dwi-partisan itu yang menegaskan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya berjalan tanpa gangguan.

Naib Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw, yang sebelum ini mengumumkan mereka bercadang mengeluarkan laporan ringkas prosidingnya ke atas 1MDB demi kepentingan umum, kelihatan pasrah dengan perkembangan semasa.

"Sudah tentu semuanya tersangkut sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengakui rancangan mereka tergendala, di mana penyataan dalam Artikel 85 Peraturan Mesyuarat melarang penyebaran hasil penemuan mana-mana jawatankuasa, termasuk PAC, dihebahkan kepada umum sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tan berkata terdapat juga peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi yang melarang laporan sulit didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Secara teorinya kita boleh beroperasi tetapi dari segi praktikalnya, Speaker adalah ketua Dewan Rakyat dan beliau sudah membuat keputusan itu," katanya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia awal bulan ini yang mengatakan cadangan tersebut bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Pandikar juga berkata ia bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, yang tidak membenarkan mana-mana ahli Parlimen atau jawatankuasa daripada membuat kenyataan di luar Dewan Rakyat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan.

"Satu sidang khas Parlimen diperlukan untuk melakukannya tetapi kerajaan enggan mengadakannya. Ini bermakna untuk tempoh tiga bulan yang akan datang, kita tidak boleh berbuat apa-apa," kata Dr Tan yang juga ahli Parlimen Kepong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam berkata, Kabinet memutuskan ahli baru PAC, serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan dilantik apabila Parlimen bersidang pada 19 Oktober.

Ini bermakna, tidak akan ada sidang khas Parlimen bagi membuat keputusan mengenai kedua-dua perkara itu. Ia juga bermakna sekali gus menangguhkan siasatanPAC ke atas syarikat sarat hutang 1MDB.

Siasatan PAC ke atas 1MDB tergendala berikutan rombakan Kabinet apabila 4 daripada ahli jawatankuasa itu, termasuk pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri.

PAC sedang dalam proses mengkaji semula pemeriksaan akaun 1MDB yang dilakukan Ketua Audit Negara yang sudah mengemukakan laporan interim, serta menyoal siasat pegawai dan bekas eksekutif syarikat itu.

Ini tidak menjadi kenyataan kerana berlaku perubahan kepada jawatankuasa itu, yang membawa kepada gesaan ahli Parlimen daripada pembangkang dan Umno supaya Kabinet segera melantik seorang pengerusi PAC baharu dan bukan menunggu sehingga mesyuarat Parlimen akan datang.

Dr Tan berkata keengganan untuk mengadakan sidang khas Parlimen itu sama seperti mengabaikan sentimen umum.

"Orang ramai mahu PAC meneruskan penyiasatan 1MDB tanpa gangguan. Keputusan kerajaan seolah-olah tidak mengambil kira perasaan orang ramai," katanya yang menegaskan jawatankuasa itu mempunyai keanggotaan yang mencukupi untuk meneruskan siasatan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .