» » Kerajaan disaran beri potongan 50 peratus untuk PTPTN

 

Kerajaan disyorkan supaya memperluaskan keistimewaan tanpa bayaran atau potongan sebanyak 50 peratus kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.0 ke atas.

Wakil Puteri Umno Bahagian Sabak Bernam, Nor Hafizah Humaidi berkata, selain itu, kerajaan juga diharap dapat memansuhkan bayaran perkhidmatan satu peratus menerusi skim ujrah yang dilaksanakan pada masa sekarang.

Menurut beliau, skim itu dilihat kurang relevan berikutan, bayaran ujrah tentunya akan meningkat jika jumlah pinjaman pelajaran tinggi, tambahan pula PTPTN bernaung di bawah kementerian pendidikan yang ditubuhkan untuk membantu pelajar mendapatkan pinjaman pelajaran.

“Kami mencadangkan potongan daripada 10 peratus kepada 20 peratus kepada pelajar yang membayar pinjaman yang ditetapkan bagi memberi peluang dan keistimewaan kepada mereka yang mematuhi syarat perjanjian pinjaman,” ujarnya ketika membentangkan usul mewakili puteri bahagian itu pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam, semalam.

Wakil Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam, Mohamad Rashiq Mohamad Noh berkata, pemuda Umno bahagian itu mendesak penglibatan kaum Melayu dalam sektor ekonomi ditingkatkan dengan melahirkan usahawan yang berjaya.

Mengambil contoh pelajar yang gagal menyambung pengajian ke peringkat tertinggi, Mohammad Rashid memberitahu, kerajaan perlu mewujudkan satu skim perniagaan yang mampu melahirkan usahawan.

“Skim ini memberi perhatian kepada mereka untuk mempelajari selok-belok perniagaan selama tiga hingga lima tahun bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing dan kompetitif pada masa depan,," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .