» » Kalau haram jatuhkan kerajaan kenapa sokong rampasan kuasa Perak,dulu ?


DAP Perak mahu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan mengapa beliau tidak bersuara ketika Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa di negeri itu 6 tahun lalu jika beliau tegas dengan pendirian adalah haram menjatuhkan kerajaan.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pada ketika itu Mufti Perak tidak membantah rampasan kuasa itu dan menyokong tindakan Umno.

"Orang ramai dan orang Islam berhak mendapatkan penjelasan yang adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Semalam, Harussani dilaporkan berkata, menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya umat Islam wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha pihak tertentu menggulingkan kerajaan.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun, tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .