» » 'Isu skandal wang RM2.6 bilion perlu ditangani sebaik dan sesegera mungkin'


Isu membabitkan derma politik sebanyak RM2.6 bilion perlu diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin kerana ia membabitkan persepsi negatif masyarakat terhadap semua pemimpin UMNO. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu sudah pun menjadi isu terbuka dan memberikan gambaran kurang baik. "Secara peribadi saya sangat tidak selesa dengan isu RM2.6 bilion ini.

"Saya rasa tidak sedap hati kerana sekarang rakyat pandang saya sebagai MB (Menteri Besar) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka kata U pun sama di peringkat negeri, kalau dah macam tu, mengapa peruntukan lambat turun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kampar di RTC Gopeng, di sini sebentar tadi. Mukhriz berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera kerana ia membabitkan integriti parti. "Bagaimana kita nak bercakap UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tetapi pada waktu sama integriti kita dipertikai," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .