» » Indeks Harga Pengguna Julai 2015 Malaysia naik 3.3%


Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 3.3% kepada 113.9 pada Julai 2015 berbanding 110.3 yang dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataannya hari ini berkata, peningkatan IHP itu didorong kenaikan dalam indeks kumpulan minuman beralkohol dan tembakau, pelbagai barangan dan perkhidmatan, restoran dan hotel, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah serta makanan dan minuman bukan beralkohol.

Enam kumpulan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai wajaran 47.4 menyumbang sebanyak 66.8% kepada peningkatan IHP bagi Julai 2015.

Selain itu, indeks keseluruhan itu turut dipengaruhi peningkatan kumpulan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.9%), pengangkutan (1.6%) dan peningkatan kecil dalam pakaian dan kasut (0.9%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP bagi Julai meningkat sebanyak 0.8%.

Menurut jabatan itu, daripada 12 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan berkenaan, sejumlah sembilan kumpulan mencatatkan peningkatan, satu kumpulan menurun manakala 2 lagi tidak berubah.

Antara kumpulan utama yang mencatat peningkatan pada Julai itu adalah pengangkutan (3.1%), minuman beralkohol dan tembakau (1.8%), makanan dan minuman bukan beralkohol (0.8%), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan (0.4%), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.2%), restoran dan hotel (0.2%) serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.2%).

Kumpulan pakaian dan kasut sebaliknya mencatat penurunan sebanyak 0.2%.

Sementara itu, IHP bagi 7 bulan pertama 2015 turut mencatat peningkatan sebanyak 1.7% berbanding tempoh sama tahun lepas, didorong peningkatan bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi.

Ini termasuk kumpulan makanan dan minuman bukan beralkohol (3.1%) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.3%).

Peningkatan lain dicatatkan kumpulan minuman beralkohol dan tembakau (11.6%), kesihatan (4.3%), restoran dan hotel (3.9%) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2%).

Selain itu, indeks pengangkutan mencatat penurunan sebanyak 4.6%.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .