» » Gesa Timbalan Menteri Kewangan baharu selesaikan isu GST prepaid topup


Timbalan menteri kewangan yang baru dilantik, Datuk Johari Abdul Ghani harus menggunakan kepakaran beliau bagi membantu menyelesaikan isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kad prabayar telefon bimbit, kata PKR hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, gesaan itu dibuat memandangkan sebelum ini Johari yang juga ahli Parlimen Titiwangsa begitu aktif dalam Dewan Rakyat menyuarakan isu tersebut kepada kerajaan.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, Johari berdebat tentang Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Beliau juga mempersoalkan isu kad pra bayar.

"Idea beliau amat bernas. Saya amat menyanjung pengalaman beliau sebagai seorang tokoh usahawan berjaya.

"Sekarang tiba masanya untuk beliau mengotakan kata-kata beliau untuk cuba menyelesaikan masalah kad prabayar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .