» » CUEPACS mahu kerajaan kaji semula GST segera


Putrajaya digesa mengkaji semula pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terutamanya terhadap golongan sasar yang terbeban dengan sistem tersebut, kata Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata meskipun bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana ia menyumbang kepada ekonomi negara, beliau tidak menolak kesannya kepada golongan miskin dan kurang upaya.

"Kita minta kerajaan menyemak semula pelaksanaan cukai tersebut, terutama kepada 4 golongan ini. Kanak-kanak, orang kurang upaya, orang tua dan orang miskin hendaklah diberi pengecualian.

"Memang kita tidak nafikan GST ini membantu apabila harga minyak jatuh, tapi bagi pihak Cuepacs, kita melihat ada 4 golongan yang membuat aduan dan kita minta kerajaan beri perhatian kepada golongan tersebut," katanya hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh, barangan kanak-kanak harus dikecualikan GST kerana ketika ini barang keperluan seperti susu bayi dikenakan cukai tersebut.

"Kanak-kanak ini belum pandai bercakap dan dikenakan GST, sebab susu bayi pun dikenakan cukai tersebut. Bayangkanlah belum tahu apa-apa, tetapi mereka (kanak-kanak) dikenakan GST.

"Kerana itu kita minta kerajaan beri pertimbangan supaya semua pengeluaran makanan termasuk untuk kanak-kanak, golongan berpendapatan rendah, miskin dan kurang upaya tidak dikenakan cukai," katanya.

Beliau berkata saranan menyemak semula pelaksanaan GST kepada 4 golongan sasar tersebut boleh dilakukan kerajaan ketika sesi pembentangan bajet Oktober ini.

Pada masa sama, beliau mengakui kejayaan besar GST dengan kutipannya lebih kurang 5 kali ganda daripada kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .