» » 'BN tak akan terjejas dengan kritikan Dr Mahathir'


Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) percaya kritikan atau sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap BN tidak membawa sebarang perbezaan terhadap prestasi parti itu semasa pilihan raya.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 2008 merosot sewaktu Dr Mahathir rancak mengkritik mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa sama katanya, undi BN pada 2013 juga berkurangan walaupun Dr Mahathir berkempen untuk BN.

"Jadi, adakah beliau relevan? Saya berikan fakta-fakta ini. Kita harus meletakkan perkara ini menurut perspektifnya," katanya pada satu sidang media petang ini.

Dr Mahathir yang sebelum ini merupakan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menjadi pengkritik utama kerajaan.

Dr Mahathir berulang kali menggesa Najib meletakkan jawatan dan terkini menuduh perdana menteri bertindak "mencuri kerajaan" apabila merujuk kepada gelombang mutakhir politik tanah air yang menyaksikan presiden Umno itu kekal berkuasa walaupun tidak lagi popular di kalangan orang ramai.

Sementara itu Shahrir berkata, sejarah membuktikan yang Umno pernah menempuh peristiwa lebih hebat daripada yang berlaku hari ini.

Menurutnya, parti itu tetap menang dalam pilihan raya walaupun berpecah pada 1987 sehingga membawa kepada penubuhan parti Semangat 46.

Katanya, mengambil kira suasana hari ini, Umno mempunyai masa secukupnya bagi mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita masih ada masa. Pilihan raya akan hanya berlangsung dalam tempoh 2 tahun lagi," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .