» » Bidas menteri UMNO kerana buat kenyataan mengelirukan babit Najib Razak yang telah terpalit penuh dengan skandal


Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar membidas menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang membuat kenyataan serius membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah tercemar imejnya dengan pelbagai skandal pada ketika ini.

Rahman (gambar, kanan), yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) semalam menafikan kenyataan awalnya mengatakan wujud deraf kertas pendakwaan terhadap Najib yang sedang bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

"Tiba-tiba, tanpa kita tahu daripada mana, beliau mengatakan ini hanya andaian dan teori daripada pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional?

"Sebagai seorang menteri Kabinet, beliau mesti disiasat kerana dia membawa kita kepada persoalan utama, adakah kertas pendakwaan itu benar? Jika sedemikian, siapakah yang berbohong?" kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Nurul Izzah mengingatkan Rahman supaya tidak membuat kenyataan mengelirukan kerana ia membabitkan perdana menteri.

Rahman yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, memberitahu The Star dua hari lalu, Najib terpaksa "membuang orang" apabila deraf kertas pertuduhan terhadap beliau ditimbulkan.

Beliau turut memberitahu umum, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan, dakwaan deraf tuduhan itu mungkin merupakan satu rancangan jahat untuk menjenayahkan Najib.

Kenyataan Rahman itu mengundang kritikan daripada pemimpin pembangkang, malah DAP menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan Rahman kerana mendakwa terdapat perancangan jahat menyabitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah dan memecatnya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .