» » 2 pengarah SPRM yang sedang menyiasat skandal 1MDB ditukarkan serta-merta ke jabatan lain


Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa serta merta.

Kedua-duanya dijangka melapor diri ke JPM pada Isnin.

Bahri sebelum ini sangat vokal dalam komen beliau menentang tindakan pihak polis yang menyiasat SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan kedua-dua mereka dipindahkan kerana mengeluarkan kenyataan keras susulan serbuan polis ke atas pegawai SPRM.

Juga difahamkan, arahan pemindahan itu dikeluarkan kerana cara SPRM bertindak balas terhadap "serangan berterusan" ke atas badan anti-rasuah itu dan layanan baik mereka kepada pembangkang apabila mereka melawat ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya semalam.

Sumber berkata, kedua-dua mereka dipindahkan kerana "isu disiplin".

Turut difahamkan yang pegawai cawangan khas turut hadir semalam untuk menjalankan 'profiling' terhadap pegawai utama SPRM termasuk Rohaizad, yang hadir dalam pertemuan dengan pemimpin pembangkang.

Tidak diketahui peranan apa yang akan dimainkan kedua-duanya di JPM kelak kerana semua orang seolah-olah terkejut dan keliru dengan arahan pemindahan itu.

Bahri kali terakhir dilihat semasa meninggalkan ibu pejabat SPRM itu pada jam 6.30 petang melambai kepada kakitangannya sebelum dibawa pergi dengan sebuah kereta Proton Inspira merah.

Sementara itu, Rohaizad meninggalkan bangunan itu pada pukul 7 malam, dan diiringi oleh orang-orangnya ke kereta Proton Waja. Beliau enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Terima kasih kerana datang," katanya sebelum beredar.

Bahri merupakan salah seorang daripada tujuh pegawai yang disoal siasat polis sejak minggu lalu, ketika polis memberi tumpuan kepada maklumat bocor mengenai 1MDB yang sedang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Bahri sebelum ini membayangkan terdapat "tangan tersembunyi" dalam tindakan polis itu walaupun polis menafikan tuduhan itu, menyatakan ia prerogatif mereka untuk menyiasat.

Pegawai-pegawai SPRM itu disiasat di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana membocor dokumen kerajaan dan perbankan maklumat.

Pegawai SPRM lain yang dipanggil polis termasuk ketua bahagian forensik Datuk IG Chandran, penolong pesuruhjaya kanan Tuan Ruslan Tuan Mat, timbalan pengarah operasi khas Datuk Tan Kang Sai, bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh dan seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Polis turut menyerbu pejabat bahagian operasi khas SPRM dan pejabat Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairy, mengambil dokumen berkaitan dengan siasatan 1MDB itu.

Polis berkata mereka akan menyiasat anggota pasukan petugas khas yang mengendalikan siasatan ke dalam 1MDB, selepas Jabatan Peguam Negara pada 8 Julai berkata kebocoran maklumat mengenai perkara itu ialah "perbuatan jenayah membocor dokumen sulit kepada warga asing".


sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .