» » Uqasha Senrose raya di KL sahaja untuk Aidilfitri 2015


Kedua-dua orang tua pelakon Uqasha Senrose berasal dari Kelantan. Namun dia lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Bila sambut raya, mereka sekeluarga tetap pulang ke Kelantan untuk beraya bersama datuk dan nenek. Namun tahun ini dia hanya beraya di Kuala Lumpur.

Terkenang arwah nenek

“Datuk dan nenek saya dah tak ada. Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sahaja,” kata Uqasha.

Dia juga akui mula berasa hilangnya seri hari raya bila neneknya yang terakhir meninggal dunia dua tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, ada yang mengkritik penampilan Uqasha yang masih nampak seksi walaupun kini dah berhijab.


Ada yang kata pilihan penampilan dengan pakaian mengikut bentuk tubuh sebagai tidak sesuai dengan wanita berhijab.

“Seksi ke? Saya tak rasa pula seksi?” kata Uqasha.

Dia membuat keputusan bertudung bukan kerana mengikut trend sebaliknya kerana hatinya terbuka untuk berhijab.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .